Tuesday, September 25, 2012

Peraduan of the Year

Seperti mana yang gua janjikan, bukan setakat menanam tebu di bibir, gua akan adakan satu peraduan bagi memeriahkan kembali Soksek 0408. Sunyi sangat gua tengok, entah entah dah macam macam makhluk halus singgah.

Okay, peraduan ini senang sahaja macam teka kacang tapi teka kacang macam susah jugak sebab gua tak pernah menang. Terbuka kepada semua warga Soksek 0408 sahaja sebab gua pasti orang luar takkan boleh jawab.



Baik, sekarang sila teka siapa pemilik tanglung..err misai ini. Ingat, hanya tempat pertama yang akan diberi hadiah berupa sehelai misai dari gambar ini. Gua ada dengar, pemilik misai ini ada pergi menuntut, sehelai misai beliau bila dipegang dan ditiup akan bertukar menjadi 7 orang peniup misai ini. Rare dan berharga bukan?

Jadi, pemenang akan dipilih berdasarkan jawapan yang tepat dan terawal, gua tak kisah nak bagi nama penuh pemilik atau pun nama gelaran yang penting jawapan betul. Ingat, boleh bertukar jadi 7 orang woi!
Dah macam Sun Wukong ni. Selamat meneka dan all the best.

p/s- jerawat tepi bibir tu lu orang boleh buat buat tak nampak.siapa siapa ada mention pasal jerawat tu akan disingkirkan secara automatik dari peraduan ini.