Friday, March 30, 2012

Perniagaan Menguntungkan.

"Tokey nasik kandaq kecil kecilan."

King Senior

Pooomm! gua menghempas loker besi gua. "Ah, lapar pula malam malam macam nie" gua terpikir sambil sedut rokok king iaitu surya. Time nie scene surya tengah up,mengalahkan Dunhill. 

Anak mata memandang ke atas,tepat ke bilik adik adik "hoi! mai sini sat.!" gua menjerit memanggil adik yang seronok bersembang hal persekolahan. Laju betul adik turun sepantas kilat.

"Nah seringgit, aku nak maggi yang dah siap" king mula memberi arahan. "Err, okay bang, maggi apa? goreng ka kuah?" tanya adik sambil buat muka sebik.

"Asalkan maggi wahai adikku" Adik berjalan ke bilik sambil kibar kibar duit seringgit.

Gua berbisik di hati  "Inilah karma bila bersekolah di SBP"
 


Monday, March 26, 2012

Beliau.




Gua penah kena buah ong bak lutut tang perut oleh beliau sambil kendong anak yang masik kecil beliau. Pawer cikgu nie! Kes gua rambut panjang ja.kahkahkah!

Boiiss!!!!!

"Boissssssss!!!" bunyi suara spidien kejutkan bebudak bangun tidur. Spidien dan Psycodien bukan orang yang sama. Gua lekas bangun semua bebudak turut sama.

Gua macam biasa, basuh muka, capai baju melayu dan songkok terus ke masjid. Gua toleh belakang, ah, enaknya Bule tidur. Macam nak parking sebelah pun ada.

" Yang tengah tidoq tu Siam ka?" tanya Spidien dekat gua. Gua pandang Bule, takda langsung mood nak kejut. Gua angguk angguk ja. Gua teruskan perjalanan macam biasa.

Balik masjid, Bule buat muka puas hati dekat gua. Gua lemparkan senyum nipis sambil cakap" Amacam tidur? Enak?"kahkahkah!

Cawan Hijau.

Lagenda cawan hijau memang akan jadi legenda buat bebudak yang faham erti "cawan hijau."

Thursday, March 22, 2012

Perubahan itu satu proses

Gua ingat lagi process Butek mengayat gadis pertama beliau. Gadis tu tanya melalui sistem pesanan ringkas, "awak sekolah mana?" Butek jawab "saya bersekolah di Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin." Gua tak tau la mamat ni memang suka eja nama sekolah atau jenis skema abadi.

Tapi itu dulu. Gua dengar sekarang tukar gadis macam tukar baju. Tapi celaka ni jarang tukar baju. Ah nasib lah.

Ini gadis beliau yang ke-7 kalau tak silap. Gua tanya Butek baru baru ni selamba dia jawab "gua ada rupa, gua ada otak, gua student oversea. Apa salah gua guna semua ni?" Go mind your fucking business."  Celaka speaking bersepah air liur.

Di Sini Seorang Sahabat.

Di Sini,
Tak pernah rasa kesal hinggap dalam diri,
Sepanjang setangah dekad mengenali,
Sahabat sejati.

Di Sini,
Susah senang dikongsi,
Senyum tawa dan tangis dirasai,

Dan di Sini percaya,
Kenangan paling berharga,
Adalah kenangan bersama.

Di Sini,
Genggam kemas segala memori,
Sisipkan di hati,
Buat teman suatu masa nanti.

Disini meraikan segala kenangan yang tercipta seperti perayaan yang kunjung hanya sekali.

Monday, March 19, 2012

Pak Ya Part 1.

Gua dah lupa bila kejadian nie berlaku. Rasanya form 3. Gua berjalan pulang ke hostel,biasala cari rokok. Pooommm! Pooommm! Pooomm! Gua tengok atas, papan papan almari bilik iron dibuang satu persatu!

Gua jadi gelisah,duduk tak tenteram. Gua tunggu ja kat bawah. Steady sambil kena kuih dari dewan makan. Kuih dewan makan langsung tak membantu. Kena nasi telor hotdoq lagi membantu rasanya.

Pak Ya, Komeng antara tukang kebun paling berpengaruh. Tersenyum senyum dari atas sambil mengejek dari atas. Beliau turun bawa hampir 10 bungkus rokok salah satunya rokok Pall Mall 25 yang baru gua beli. Baru dua batang gua sedut.

Celaka.

Baba Subki with the 40 flyers

  "Malam ni cmna??jd ka x?".. bdak dorm aku brtnya smbil mula menyalakan lighter(dh mcm geng mafia italy,nk brtnya sket kena msti kena cucuh rokok)...5-6 kali gak la dok men liter tu,bru nk myala....jnis kalo ada stok rokok bnyk,msti mslah kepupusan liter yg mnjd beban kepada perokok2..ni msti kes tggal liter dalam tndas.gua(bukan nama sebenar) seraya mnjawab smbil tgn kiri mgorek hidung,"ok ja...folow~"....
 
   Kehidupan paling indah bila mana time f4 menjelma...tp kalo pikiaq2 balik,gua bley kta waktu tu adalah waktu kegelapan tahap maksima,waktu dimana sebelum thomas edison mencipta lampu.Rekod disiplin gua mmg cantik kalo nk compare ngan bdak2 blacklist batchgua.Contohnya, FigoAizat(bukannamasebenar).
Start f4,bru gua berjinak2 menceburi bidang sneak out......
 
   Seiring dgn soalan yg diajukan oleh mmber gua td,gua pon mula menghasut member2 lain untuk turut sama menyertai pasukan gerila merentas balai pertanian.Sedikit kerisauan melintas tanpa bg salam kat kepala gua, memikirkan bakal hantu yg mungkin akan ditempuhi ketika aktiviti beriadah selepas waktu light off bermula.(dh mcm2 version cita hantu gua dgr).Gua yakinkan diri untuk meneruskan aktiviti xbermoral ni kerana gua yakin dgn kelebihan ayat kursi yg tersemat dlm kepala gua.
 
   Selepas mendapat confirmation ahli2 yg akan mengambil flight penerbangan ke Salam Nasi Kandar,V-net n so on,ahli2 lembaga pengarah mula bermesyuarat.Gua tgk depa ni nk sneak out ja pon,tp bincang serius,mcm nk p berjihad...Bajet kalo kantoi dpt mati syahid kot depa ni.....hoi!!kalo kantoi kita dpt penampaq dlu tau x....???
   
    Secara kasar,mengikut perkiraan asas matematik darjah 1,dlm 40 org rasanya yg join..geng2 KP pon ikot...ha ha ha ha.....briefing secara ringkas diberikan mengikut komandan group masing2...kami akan fly secara beransur2 mngikut group masing2 ..geng2 Gamers fanatik tahap cipan ni,mmg dh kuaq awai dh..dh mcm penghisap kokain tegar ja depa ni.tp yg gua respek,kerjasama yg diberikan sesama ahli kumpulan membantu melancarkan aktiviti xbermoral ni...kalo nk dpt kerjasama dlm study group during class,mmg xdpt la....mau plak dlm group 2 ada kaki lena xingt dunia...tu x kira lg yg jenis dok mengharap sorg ja buat keja..kah kah kah.
 
    Diringkaskan cerita,geng2 fly ni telah diberkas oleh geng2 KP F5 bersama warden2 yg bertugas.(yg gua tau,mat hanip ngan Bot xkantoi..relax ja depa ni lepas fly,terus berpura2 p qiamullail..) Gua xrisau bila kantoi fly ni,sbb gua yakin sekolah xkan pnya nk gantung 1 bala tentera sekali gus..ha ha ha..
   
    Gua bkn nk cita sgt psai fly2 ni,tp gua cuma nk highlight bonding yg terjalin bila melakukan bnda2 jahat ni semakin kukuh bak istana menanti yg kukuh tanpa menggunakan paku(sejarah pmr gua dpt A).Sapa kata wat jahat xda advantage.....???Even after couple years this shit crime happened,n so many times being storied,the crimes under section hukuman tibai ngan talipinggang sampai baloq,still being the top issue played by us...Gua xsuka kehidupan di sekolah.but i missed my life in hostel....where the place of true friends are created here...

Sebelum bermulanya lagenda flyers 0408

Mlm itu bermula satu kisah yg bakal mengubah nasib keseluruhan batch 0408.

Mlm yg hening.
Pak guard pun duk tgh relax2,

Mlm tahun 2006,
Bdak hingusan agi,

Mlm ini lagenda kimin si pilot dan lain2 bermula

Mlm itu aku dan beberapa rakan2 tekad nk cuba fly,

Selalunya yg duk fly tu depa yg dapat lesen besaq dari senior sruh pi beli rokok.

Ketika itu lagenda ini bermula,
Semua pakat baju gelap2, yg mana pakai baju glow in the dark kami sruh pkai baju terbalik,

Masing2 keluaq petua utk elak kantoi,
Ad ckp baca bismillah 21 kali seblum fly tak maw bagi kantoi,

Berbekalkan lampu dari hanset,
Kami pun turun meredah pagar berjaring,


Pergh, kepuasan campur kecuakan,
Baru turun bawah kami dengaq anjing duk menyalak,
Semua org dah kecut aku tgk, termasuk aku.
Tabahkan diri. Teruskan perjalanan.

Baru bergerak 10meter dari pagar sekolah,
Ada apek keluar rumah tunjuk dia pnya henset baru,
Dia main tepon2.

Semua dah betul2 kecut.
Ada sorang cakap "ntah2 apek ni kenal sir anis ap, rumah dia dahla dekat sini, satgi dia tepon sir anis x pasai"

Apa agi. Semua pun naik atas patah balik.

Baju dan seluar dipakai pada mlm itu tidak dipakai selama seminggu kemudiannya utk
elak apek semalam buat kawat cam kat sekolah.

P/s : apek tu mgkin x pernah kenal pun sir anis
: watak2 dlm jln cerita ini bnyak dah lupa.
: baru nak start menulis2, maaf klu x hebat seperti seekor telur atau seekor burung puyuh. :p

Sunday, March 18, 2012

Monday Blues

Oh ya, ini bukan entry berkenaan kemenangan Chelsea semalam. Apa pun tahniah buat El-nino Torres.

Pagi hari Isnin, sebelum ke perhimpunan pagi di dewan besar, acara membersihkan dorm akan dijalankan. Gua F5, duduk dengan adik adik mestilah adik buat kerja, abang supervise. Tapi selalunya time time macam ni gua bantai tidur lagi. Apa ada hal yang check dorm pun ketua rumah gua, Doul.

Sedang gua sedap sedap layan tidur pakai selimut sekolah entah siapa punya Doul kejut gua, "Zalan naik atas," Gua dengan tenang capai towel, berus gigi dan sasbun selinap dari satu dorm ke dorm sampailah ke tandas. Budak semua dah start gerak masuk dewan. Gua pekena mandi sambil menyanyi lagu sekolah. Kalau nak tahu semangat sekolah gua memang kuat. Cuma gua malas masuk perhimpunan. Apalah sangat terlepas scene cikgu cikgu pakai kebaya ketat naik pentas. Macam lepas perhimpunan cikgu balik.

Lepas mandi, hua jalan balik dorm macam king. Asrama kosong. Rasa macam semua dorm gua punya. Gua siap pakai baju sekolah, cucuh rokok sebatang sambil adjust rambut depan cermin. Jason Statham kalau ada rambut sebijik macam gua time tu.

Gua tak minat sangat perhimpunan kat dewan, makan masa punya lama. Baik gua take my own sweet time orang putih kata. Usai perhimpunan, gua sarung stokin kaler kaler gua dengan kasut, capai satu buku kalau kalau terserempak cikgu boleh buat alasan tertinggal buku. Gua turun dorm kipas tak tutup jalan dengan tenang ke kelas untuk menuntut ilmu.

                                                 "Selamat hari Isnin semua. Ho Ho Ho !"

Team futsal paling pawer abad ini!

Click untuk tumbesaran

Team paling pawer pernah gua jumpa setakat nie. Gua Dah gantung boot time nie. Kalau pawer,cuba cari gua yang mana?

Farid Kamil

Farid Kamil ? Ini Farid JB. Farid Kamil mana boleh cari makan kalau macam ni.
"Gua akan cuba untuk tidak menghampakan hati gadis gadis Malaya" ulas Farid JB.

Kushairi Amir.

"Aku boleh willie motor bapak aku 16 tiang" - Kushairi Amir, 13 tahun.

Parut Semalam.

Satu malam selepas lights off gua dilanda kebosanan. Masa tu dorm gua di paras satu hujung sekali 1B5. Gua nampak ramai budak batch gua kat bilik iron paras dua. Mesti kes settle budak tu. Gua malas nak ambil port sangat. Apa barang pukul budak. Mana ada fight. 

Disebabkan naluri ingin tahu gua tinggi atau orang putih cakap gua curious gua naik atas, masuk bilik iron. Celaka geng geng pukul budak punya ramai. Sikit punya happy muka sorang sorang. Gua nampak mangsa sedang disoal siasat dan disuruh berdiri di tengah tengah ampaian sampai tersangkut kepala di tali ampaian.

"Zukom ! Zukom !" gua dengar ada budak budak signal. Zukom ni PK HEM sekolah gua dan gua ada sejarah kurang baik dengan beliau. Nama sebenar beliau Cikgu Zulkifli kalau tak silap gua. Sekelip mata hilang habis semua geng geng kaki pukul. Gua ambil langkah berjaga jaga masuk dorm terdekat dan buat buat tidur. Babi rupa rupanya dah ramai pelakon tambahan kat sini. Semua pura pura tidur. Gua ambil satu port baring.

Dari jauh gua boleh dengar suara Zukom mendekati dorm. Pintu terbukak kuat. "Zasss !" satu libasan padu singgah di punggung siapa gua tak ingat. Sepantas kilat semua yang pura pura tidur bangun berdiri tepi katil dah macam perbarisan gua tengok. Zukom bukak lampu. Satu satu muka dipandangnya dengan muka bajet bengis. "Awat hang kat sini ? Bilik hang kat bawah! Barua !" laung Zukom bagai dirasuk syaitan Lucifer bila nampak gua kat situ. Beliau berlari ke arah gua sambil menghayun rotan macam orang tebas lalang. Hayunan pertama gua tangkap kemas. Hayunan kedua celaka mana sempat. Tangan gua pedih lu tau? Gua hanya mampu terlompat lompat mengelak.

Dah puas melepas geram, Zukom berhenti rotan gua. Time ni Boyan budak sekelas gua muncul menegakkan keadilan. Boyan mempersoalkan tindakan Zukom yang tak rasional. Macam bangang tah Boyan ni tahu ka tak maksud rasional ni apa time tu. 3 4 libas singgah jugak belakang badan Boyan sampai pecah kulit. Nak jadi hero sangat. Padan muka.

Gua pusing belakang tengok peha gua. Celaka darah meleleh. Ada dua line. Gua tunjuk kat Zukom. " Macam mana ni cikgu? Gua bukan buat salah pun. Gua lepak lepak ja." tanya gua. Zukom buat buat berani tanya gua nak ikut dia pi balai polis buat report atau tak. Sebagai seorang pelajar yang sentiasa cool gua rejek dia. Gila apa rekod gua kat sekolah ni pun bukan cantik sangat. Malas gua nak panjang panjang cerita.

Selepas sesi nasihat menasihat Zukom tarik nafas panjang lepas slow slow. "Lega sikit hati." katanya sambil tersenyum puas. Babi. Parut gua lekat sampai harini siapa nak jawab?

Tidur

2004

Lagi 5 minit loceng akan dibunyikan, menandakan pelajar harus turun, untuk ke kelas prep. Time time gini gua dah ready sambil mencari songkok untuk disarungkan sebagai mahkota. Gua ushar member gua, Pajet, masih steady lagi melakar peta atas bantal busuk beliau. Bebudak lain semua kelam kabut nak turun ke bawah lepas dengar suara Pak Zam menjerit jerit macam orang gila.

Pelan pelan gua susun plan nak kenakan Pajet. Gua kowteam dengan bebudak dorm gua yang boleh bekerjasama dengan plan gua. Gua ajak Caet ngan Bule ja gua rasa. Gua bagi arahan melakonkan watak dalam suasana kebakaran.

"Pajet! Pajet! Bangun! Bangun! Sekolah terbakaq!" jerit gua sekuat kuat. Beliau terjaga, beliau capai selipar,baju, terus lari turun ke bawah sampai tingkat dua. Gua tak mampu melihat kelajuan yang amat laju di buat beliau. Memang sekelip mata sahaja. Gua mampu ketawa ja lihat telatah Pajet. Muka kelam kabut tanpa berbaju.

Beliau naik ke bilik semula sambil buat muka tak puas hati. Mungkin menyimpan dendam kesumat.

p/s: ini cerita betul masa gua form 1.

"Sokan"

Dulu gua pawer bersokan. Semua sokan gua main. Tapi gua ego, gua tak suka jadi wakil sekolah. Sebab ego gua tak berjaya jadi macam Bartez atau pun Henry. Gua kena dua ekor nie masa gua darjah 1, worldcup 98. Dulu kalau lawan kampung kampung, gua main dua posisi ja, keeper, striker. Tapi bila masuk soksek, gua terpaksa lupakan hasrat tu. Bapak gua marah kalau gua main bola.

Lagipun, bila masuk soksek, ramai budak yang boleh jadi striker, ramai budak cuba cuba nak main,gua teringin nak try selection. Tapi masa tu boot gua brader senior kebas. Dah la baru beli,celaka betul.

Sekarang apa pun gua tak main, last kali gua bersokan, wakil hoki ke peringkat Negeri. Tu pun orang cakap, ronaldo boroi main hoki.

Perkara biasa di Hostel.

Hari nie hari Khamis. Semua pelajar wajib ke masjid untuk berjemaah Magrib,Isyak dan untuk baca yassin. Hari tu biasa tiada apa yang pelik. Gua ingat lagi, time tu gua baru form 1. Gua malas nak buat pawer nak ponteng sembahyang. Lagipun solat tu tiang agama. Pelan pelan gua jalan ke masjid.

Lepas setel solat Isyak, semua bebudak kelam kabut masa balik ke hotel. Dengar dengar ada budak jumpa "greenlady". Greenlady time tu jadi "Hot Topic" sampai menenggelamkan kisah video lucah artis F. Gua dengar greenlady akan ke dorm di setiap SBP mencari budak berwajah cerah, bertahi lalat di dagu. Gua tau info nie pun sebab senior gua yang cerita. Hati gua mula berbisik," Dia nie biasa jumpa ka? Mana dia tau semua nie?".

Tambahnya lagi, untung sapa jadi anak greenlady, bangun pagi locker kemas, katil cekang. Pawer betul greenlady nie merantau ke pelusuk SBP. Time tu gua tenang ja tengok budak budak kelam kabut. Gua tak into sangat scene scene hantu time tu. Gua lepak bilik prep macam hari. Budak budak sebaya gua dah gelabah. Ada yang mulut terkumat kamit, ada yang menangis. Seperti biasa, hal hal macam nie kena tenang ja. Gua tenang sambil menanti waktu prep habis.

Habisnya waktu prep, terus gua ke bilik gua. Gua tengok senior form 5 sedang mengatur strategi. Gua dengar kabor senior senior gua nak cari Green Lady. Gua malas nak melayan sangat. Gua tunggu ja hari esok dapat ka tak.

Esok,heboh dekat sekolah, senior gua kejar tak dapat, dapat pegang kaki ja dia. Memang nampak hijau dia cerita. Gua mampu tersenyum ja tengok senior senior gua menipu budak budak. Masuk hostel banyak kes menipu gua buat tak tau. Willie 16 tiang, dapat wahyu la, macam macam. Walaupun gua baru 13 tahun, hal hal macam nie fikir logik atau tak ja.

p/s: banyak sangat kes menipu, tak larat gua nak cerita

Saturday, March 17, 2012

Dulu Bersongkok. kini...3

Gua duduk atas katil sambil bertafakur. Sedang asyik gua bertafakur, datang sorang brader. Ya, sebab gua time tu kecil, beliau tinggi, cukup gua panggil beliau brader. "Hey lu, berdiri" jerkah brader tu. " Nama apa?"tanya brader tu. " Ahmad Izzaidi"jawab gua. Dulu nama gua Ahmad Izzaidi. Sekarang lagi komersial, cukuplah Izzaidi Rahman saja.

"Ok ok, lu duduk" suruh brader tu.

Gua duduk,sambil dalam otak dah macam macam berpusing. "Flying kick, double side kick, fist of fury," gua dah susun dalam otak gua.

"Kawan kawan, jom breakdance" ucap brader tersebut. Gua tengok ja bebudak tu breakdance. Mungkin breakdance hiphop tengah "hip" time tu.

Dalam hati gua, "Macam bebudak. Gua dah breakdance masa darjah 3."

Dulu Bersongkok. kini... 2

Gua jalan steady ke dorm 3A1, dorm budak budak Zamrud sambil kembang dada sikit, jalan berkepak sikit. Cukup la tu. Lebih lebih nanti ada yang minta tukar sekolah pulak. Masuk dalam dorm gua terus ke katil hujung. "lu, berdiri!" dengan pantas budak baru tu berdiri atas katil."Bagitau gua nama lu, dulu sekolah mana?" tanya gua sambil letup-letupkan jari. "Ahmad Izzaidi, bang. Dulu sekolah agama." jawab budak tu halus sambil dongak ke atas tahan air mata menitis.

Selamat Hari Jadi

Entry pertama gua, gua nak wish happy birthday untuk partner in crime gua Ceper. 5 tahun gua sekelas dengan mamat ni. Lu dah masuk 21 ni jangan nak mengada layan clubbing. Selamat untuk lu.


Gambaq ni Kord simpan dalam wallet. Dia buat apa gua tak tau. Itu hal lu dengan dia gua tak mau masuk campur.

2030...

"Dania.., dania buat apa tu?" tanya gua sambil ushar anak gua yang masih kecil. "uuu..uu..uu"jawab anak gua yang masih tak reti berkata kata. Maklumla, usianya baru 1 tahun lebih. Gua lihat dia suka bermain dengan Ipad 10 keluaran terbaru Apple. Sekarang, kanak kanak sahaja yang masih bermain dengan Ipad nie.

"You, temankan Dania k, I nak masak kejap," Emma wanita pilihan hati gua memberi arahan. Gua terpaksa tunduk, kalau gua membantah, alamak,tak makan la gua nanti.

"One message received" satu perkataan hologram terpancar dari Iphone 12s. "Ah,siapa pulak nie?"tanya gua kepada Siri. Zaman sekarang, Siri sudah pandai bercakap bahasa Malaysia. Malahan, ada versi loghat tersendiri. Utara, Timur, dan jugak loghat Nogori.

"Dari Figo Aizat bak hang!" Siri membalas soalan gua. " Lu bukak tv, gua masuk tv. Bukak sekarang," mesej dari dia rupanya. "TV, On! Channel Ntv18!" gua beri arahan kepada tv.

"Pasangan Suami Isteri telah menjumpai cecair yang mampu memutihkan gigi sekelip mata" Gua amati betul betul wajah pasangan tersebut. "Oh, sahabat gua time sekolah dulu"gua berbicara seorang diri. "Dania.., nanti besar Dania belajar pandai pandai ok, tengok kawan ayah,dia masuk tv," nasihat gua kepada Dania, yang masih sibuk bermain Ipad. Mungkin tengah bertwitter agaknya.

"You,makanan dah siap!,mari makan!" si pilihan hati mengajak makan. Zaman sekarang senang, nak masak guna mulut ja. Sebut ja masakan apa yang suka. Mesin tolong masakan. Salah satu program yang dapat gua cipta sehingga gua jadi terkenal.

p/s: kah kah kah! mari berangan!

Subuh.

"Kum!Kum! Kum!, bangun bangun!" ustaz gua dah kejut awal awal, gua pandang jam, ah,azan pun tak lagi, ngalahkan bebudak tentera. Gua ushar ustaz gua, ouh, dia guna wireless mic rupanya, Patutlah sakan menjerit, takpa gua mampu bersabar. Pelan pelan gua bangun, gua ajak meon, "Woi, jom follow gua, gua ada job untuk kita,demi keamanan manusia yang lena diulit mimpi,lu mau?" gua cuba hasut Meon buat kerja jahat sambil tenyeh tenyeh mata. "OK OK" Meon ya kan saja apa kata kata gua.

Pelan pelan gua turun tangga, gua ushar bilik pengawas, "YES!! Clear, Meon, lu ushar line, gua nak cabut menatang tu, menatang yang connect dengan mic tu." gua beri arahan dekat Meon. Kerja macam nie, tak manis ajak ramai ramai. Nanti yang lain tu bising.

Gua cabut, gua passing dekat Meon. Meon sempat buat rembatan "chip" melambung ke atas bumbung,GOL!!Meon sengih sengih macam celaka. Gua ushar ustaz gua dari jauh, Kah kah kah! Ketuk ketuk mic. Gua ngan Meon senyum nipis nipis bawang, plan gua berjalan tanpa gangguan.

Ini baru dinamakan mencari keamanan!

p/s: gua mintak maaf kepada semua tentang hal nie. kahkahkah!

Permulaan segalanya..

"Ah, letih jugak gua naik bas pergi sekolah." Dulu sebelum SOKSEK, gua sekolah agama (nama dirahsiakan). Gua pelan pelan jalan balik rumah.Bukak pagar, adoi,bmx pulak tayar pecah,"mana gua nak cari rokok nie?". Gua dulu masa form 1 rajin kena rokok menyorok belakang kedai.

Takpa, gua roger bebudak gua hantar tayar spare depan umah. "Bro, lu antar tayar dalam spare satu, jentera gua pancit pulak! macam mana nak race?" Biasa la bebudak,naik basikal pasti race,sambil buat bunyi ekzok guna mulut.

Gua capai spanar, gua bukak apa yang patut. Bukak tayar pun tangan berminyak mengalahkan pomen keta. "Pin! Pin!" kenapa bapak gua nampak muda nie? Ada posmen hon dekat gua. Baru gua nak menjerit "Abah balik!!" Bukan abah gua rupanya. Brader tu sua dekat gua sepucuk surat, Gua tengok pelan pelan, URUSAN SERI PADUKA BAGINDA. Gua capai, sambil cakap, " Buat susah susah ja bro, tq" Surat tu warna putih seri seri, dapat dekat gua, jadi surat dari orang minyak.

Gua bukak, sukacitanya bla.. bla.."SEK MEN SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN". "Sekolah apa nie?" gua cakap sesorang. Takpa hal macam ni,patut tanya abah gua. Bapak gua balik,terus gua kasik surat tu."Hang nak masuk ka sekolah nie? Asrama nie. Senang sikit,tak payah hang nak naik bas banyak kali" "Ok lah,macam mana pun takpa,janji pendidikan diutamakan"balas gua dengan kata kata semangat diri,

"Hang belajar elok elok,jangan panjat pagaq pi depan sekolah tu plak" Kata kata ayah gua terngiang ngiang. Gua tak paham mula mula tu. Sebulan lepas tu, baru gua paham. PUSAT SERENTI rupanya.

:) Gua copy,

Rosak! Rosak~
Anak muda kita ramai yang rosak!
Menjadi virus kecil kepada bangsa.
Virus yang menjadi pemusnah negara,
Kelak kita yang binasa!

Bangun! Sedar!
Wahai anak bangsa!
Jangan kita leka!
Dengan apa yang ada,
rempit,dadah semua tidak berguna.

Lihat! Lihat!
Jangan kita dimanipulasikan,
Dengannya kita dipermainkan,
Pandang semua kedepan,
Jangan kita jadi jajahan.

Friday, March 16, 2012

Orentasi Bebudak Fom 4

Ya, time tu batch form 4 baru nk masuk. Time gua jadi abang-abang. Form 4 baru pun takot tengok. Padahal sama ja umo gua ngan depa. Malam tu, abang-abang pengawas tengah ajak budak-budak tu main kotak beracun. Siapa yang terkena kotak beracun,kena buat bunyi binatang. Gua ushar dari jauh. Cepat cepat gua masuk dewan sambil kow team dengan brader pengawas,gua nak take over kejap.

Gua ushar permainan bebudak nie. Dalam hati gua, macam beginner, tak pawer langsung. Gua sound brader pengawas. Beliau tunduk dengan gua. Cepat cepat gua mencelah.

Gua dengan sekutu gua amek port time tu. Gua dah "aim" sapa mangsa gua. Muzik dihentikan,gua capai mic lalu memberi arahan "SILA BUAT BUNYI PENYU BERTELUR"




p/s: mangsa buat bunyi yang tak pernah didengari. meng"kekek" gua dengan member-member gua.

Ramadhan Seorang Senior.

"Woi!, lu pi isi air panas bagi separuh baldi ni."jerit gua merangkap brader senior. "Er,er,ok bang."balas Kiru satu-satu non-Muslim yang kerap jadi balaci time-time macam ni. Gua cepat-cepat capai maggi tomyam sepeket. Time tu maggi tomyam maggi paling laris dekat hostel gua. Gua letak peralatan memasak betol-betol sebelah gua. "Hanger yang gua patahkan dua,gua jadikan chopstick,gunting,air water cooler yang dok peluh-peluh lagi". Time nie idea hal rekacipta gua membuak-buak.

"Abang,nah air" Gua sambut dengan senyuman terukir di bibir. "Bagus adik-adik buat kerja. Cepat,tangkas~!"kotak pemikiran gua berkata-kata sambil laju menutup pintu dorm.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

30 minit kemudian.

Gua keluar dengan mulut masih berminyak, Menanti hukuman dari pihak atasan. Hati gua berbicara,"Celaka punya adik-adik".



p/s: Gua copy apa yang berkaitan dengan gua sepanjang gua bersekolah

Dulu Bersongkok. kini...

Dulu mula mula gua masuk, gua pandang muka pak gad. Ok set, pak gad boleh kowteam. Gua ushar padang, gua gelak sipi sipi, gua tau seorang ahli sukan akan lahir kat padang ni. Gua malas nak into hal sukan sangat kat sini. Bapak gua dah pesan, "nak jadi ahli "sokan" hang toksah ngaji, gua nak lu berjaya dalam pendidikan pulak".

Gua angguk tanda setuju. Biasa la, budak budak kena angguk ja, lagipun gua mana paham, gua baru kenal asrama asrama nie.

Masuk bilik, gua tengok sorang budak india,param(padahal melayu,gua mana tau mamak tu wujud) sorang lagi kimin. Gua ushar tepat tepat dekat mata depa, depa angguk tanda tunduk dengan gua. Bapak gua isi barang barang dalam loker, gua lepak atas katil sambil buat muka bengis sambil ushar keliling dorm. Gua tau orang panggil "dorm" pun sebab ada tulis dorm.

Lepas zohor, bapak gua ajak lepak dekat public phone, nasihat gua apa yang patut, Tiba tiba muka bengis gua bertukar merah. Bapak gua nak tinggalkan gua dekat sini sorang sorang. Gua mana tau macam mana nak hidup berdikari. Takpa, bapak gua dah sumbat duit dalam poket gua.Bapak gua blah lepas sumbat duit dalam poket Gua pelan pelan jalan ushar sekolah. Pergi cari aiskrim.

Tapi gua sedar, ramai mata ushar gua. Lu tau apa yang terjadi.. gua malas nak cerita.

Salam,

Sapa nak jadi penulis kat sini.sila tinggalkan email anda, gua try a.s.a.p untuk invite dekat email .

:) Kawan,

Mana member, kawan, sahabat?
Hilang?
Gua Hampa
Baru gua sedar, gua bukan macam depa.
Baru gua sedar gua siapa.
Hanya lelaki yang tiada apa-apa.

Sahabat,
Gua tak macam dulu,
Buat orang asyik berbulu,
Memang orang benci selalu.
Maafkan gua sahabatku.

Hari ini,
Gua berkayuh mencari kawan-kawan.
Kawan yang bisa menjadi teman.
Dikala gua bosan.
Terima kasih kawan.

p/s gua copy dari blog gua! kahkahkah!