Friday, March 30, 2012

King Senior

Pooomm! gua menghempas loker besi gua. "Ah, lapar pula malam malam macam nie" gua terpikir sambil sedut rokok king iaitu surya. Time nie scene surya tengah up,mengalahkan Dunhill. 

Anak mata memandang ke atas,tepat ke bilik adik adik "hoi! mai sini sat.!" gua menjerit memanggil adik yang seronok bersembang hal persekolahan. Laju betul adik turun sepantas kilat.

"Nah seringgit, aku nak maggi yang dah siap" king mula memberi arahan. "Err, okay bang, maggi apa? goreng ka kuah?" tanya adik sambil buat muka sebik.

"Asalkan maggi wahai adikku" Adik berjalan ke bilik sambil kibar kibar duit seringgit.

Gua berbisik di hati  "Inilah karma bila bersekolah di SBP"
 


No comments:

Post a Comment