"Dania.., dania buat apa tu?" tanya gua sambil ushar anak gua yang masih kecil. "uuu..uu..uu"jawab anak gua yang masih tak reti berkata kata. Maklumla, usianya baru 1 tahun lebih. Gua lihat dia suka bermain dengan Ipad 10 keluaran terbaru Apple. Sekarang, kanak kanak sahaja yang masih bermain dengan Ipad nie.
"You, temankan Dania k, I nak masak kejap," Emma wanita pilihan hati gua memberi arahan. Gua terpaksa tunduk, kalau gua membantah, alamak,tak makan la gua nanti.
"One message received" satu perkataan hologram terpancar dari Iphone 12s. "Ah,siapa pulak nie?"tanya gua kepada Siri. Zaman sekarang, Siri sudah pandai bercakap bahasa Malaysia. Malahan, ada versi loghat tersendiri. Utara, Timur, dan jugak loghat Nogori.
"Dari Figo Aizat bak hang!" Siri membalas soalan gua. " Lu bukak tv, gua masuk tv. Bukak sekarang," mesej dari dia rupanya. "TV, On! Channel Ntv18!" gua beri arahan kepada tv.
"Pasangan Suami Isteri telah menjumpai cecair yang mampu memutihkan gigi sekelip mata" Gua amati betul betul wajah pasangan tersebut. "Oh, sahabat gua time sekolah dulu"gua berbicara seorang diri. "Dania.., nanti besar Dania belajar pandai pandai ok, tengok kawan ayah,dia masuk tv," nasihat gua kepada Dania, yang masih sibuk bermain Ipad. Mungkin tengah bertwitter agaknya.
"You,makanan dah siap!,mari makan!" si pilihan hati mengajak makan. Zaman sekarang senang, nak masak guna mulut ja. Sebut ja masakan apa yang suka. Mesin tolong masakan. Salah satu program yang dapat gua cipta sehingga gua jadi terkenal.
p/s: kah kah kah! mari berangan!
boleh jadi model sebelum selepas gua? gigi lu boleh tahan kuning.
ReplyDelete