Sunday, March 18, 2012

Parut Semalam.

Satu malam selepas lights off gua dilanda kebosanan. Masa tu dorm gua di paras satu hujung sekali 1B5. Gua nampak ramai budak batch gua kat bilik iron paras dua. Mesti kes settle budak tu. Gua malas nak ambil port sangat. Apa barang pukul budak. Mana ada fight. 

Disebabkan naluri ingin tahu gua tinggi atau orang putih cakap gua curious gua naik atas, masuk bilik iron. Celaka geng geng pukul budak punya ramai. Sikit punya happy muka sorang sorang. Gua nampak mangsa sedang disoal siasat dan disuruh berdiri di tengah tengah ampaian sampai tersangkut kepala di tali ampaian.

"Zukom ! Zukom !" gua dengar ada budak budak signal. Zukom ni PK HEM sekolah gua dan gua ada sejarah kurang baik dengan beliau. Nama sebenar beliau Cikgu Zulkifli kalau tak silap gua. Sekelip mata hilang habis semua geng geng kaki pukul. Gua ambil langkah berjaga jaga masuk dorm terdekat dan buat buat tidur. Babi rupa rupanya dah ramai pelakon tambahan kat sini. Semua pura pura tidur. Gua ambil satu port baring.

Dari jauh gua boleh dengar suara Zukom mendekati dorm. Pintu terbukak kuat. "Zasss !" satu libasan padu singgah di punggung siapa gua tak ingat. Sepantas kilat semua yang pura pura tidur bangun berdiri tepi katil dah macam perbarisan gua tengok. Zukom bukak lampu. Satu satu muka dipandangnya dengan muka bajet bengis. "Awat hang kat sini ? Bilik hang kat bawah! Barua !" laung Zukom bagai dirasuk syaitan Lucifer bila nampak gua kat situ. Beliau berlari ke arah gua sambil menghayun rotan macam orang tebas lalang. Hayunan pertama gua tangkap kemas. Hayunan kedua celaka mana sempat. Tangan gua pedih lu tau? Gua hanya mampu terlompat lompat mengelak.

Dah puas melepas geram, Zukom berhenti rotan gua. Time ni Boyan budak sekelas gua muncul menegakkan keadilan. Boyan mempersoalkan tindakan Zukom yang tak rasional. Macam bangang tah Boyan ni tahu ka tak maksud rasional ni apa time tu. 3 4 libas singgah jugak belakang badan Boyan sampai pecah kulit. Nak jadi hero sangat. Padan muka.

Gua pusing belakang tengok peha gua. Celaka darah meleleh. Ada dua line. Gua tunjuk kat Zukom. " Macam mana ni cikgu? Gua bukan buat salah pun. Gua lepak lepak ja." tanya gua. Zukom buat buat berani tanya gua nak ikut dia pi balai polis buat report atau tak. Sebagai seorang pelajar yang sentiasa cool gua rejek dia. Gila apa rekod gua kat sekolah ni pun bukan cantik sangat. Malas gua nak panjang panjang cerita.

Selepas sesi nasihat menasihat Zukom tarik nafas panjang lepas slow slow. "Lega sikit hati." katanya sambil tersenyum puas. Babi. Parut gua lekat sampai harini siapa nak jawab?

No comments:

Post a Comment