Hari nie hari Khamis. Semua pelajar wajib ke masjid untuk berjemaah Magrib,Isyak dan untuk baca yassin. Hari tu biasa tiada apa yang pelik. Gua ingat lagi, time tu gua baru form 1. Gua malas nak buat pawer nak ponteng sembahyang. Lagipun solat tu tiang agama. Pelan pelan gua jalan ke masjid.
Lepas setel solat Isyak, semua bebudak kelam kabut masa balik ke hotel. Dengar dengar ada budak jumpa "greenlady". Greenlady time tu jadi "Hot Topic" sampai menenggelamkan kisah video lucah artis F. Gua dengar greenlady akan ke dorm di setiap SBP mencari budak berwajah cerah, bertahi lalat di dagu. Gua tau info nie pun sebab senior gua yang cerita. Hati gua mula berbisik," Dia nie biasa jumpa ka? Mana dia tau semua nie?".
Tambahnya lagi, untung sapa jadi anak greenlady, bangun pagi locker kemas, katil cekang. Pawer betul greenlady nie merantau ke pelusuk SBP. Time tu gua tenang ja tengok budak budak kelam kabut. Gua tak into sangat scene scene hantu time tu. Gua lepak bilik prep macam hari. Budak budak sebaya gua dah gelabah. Ada yang mulut terkumat kamit, ada yang menangis. Seperti biasa, hal hal macam nie kena tenang ja. Gua tenang sambil menanti waktu prep habis.
Habisnya waktu prep, terus gua ke bilik gua. Gua tengok senior form 5 sedang mengatur strategi. Gua dengar kabor senior senior gua nak cari Green Lady. Gua malas nak melayan sangat. Gua tunggu ja hari esok dapat ka tak.
Esok,heboh dekat sekolah, senior gua kejar tak dapat, dapat pegang kaki ja dia. Memang nampak hijau dia cerita. Gua mampu tersenyum ja tengok senior senior gua menipu budak budak. Masuk hostel banyak kes menipu gua buat tak tau. Willie 16 tiang, dapat wahyu la, macam macam. Walaupun gua baru 13 tahun, hal hal macam nie fikir logik atau tak ja.
p/s: banyak sangat kes menipu, tak larat gua nak cerita
No comments:
Post a Comment