Tuesday, October 9, 2012

Lesen.

Malam itu, awal tahun 2005, gua dan Ceper dipanggil masuk ke bilik kapten. Masa tu, kapten sekolah belum dilantik, jadi, bilik kapten ni brader brader form 4 buat port lepak. Gua dan Ceper steady masuk dalam tak bagi salam. Penglihatan gua kabur, asap berkepul macam jerebu. Gua nampak Mat Skunk, hisap rokok tarik sip siap bunyi lagi. Ramai jugak geng geng form 4 malam tu. Malas gua nak petik nama sorang sorang.

Gua dan Ceper diberi rokok sorang sebatang, dan disuruh hisap sampai habis. Masa tu paru paru gua kuat lagi, 2 3 pam dah nak habis setengah, selamba gua lepas asap ala ala dragon sambil selang selang buat o kecik dan o besar. Ceper pun boleh tahan jugak skill hisap rokok dia, Tarik lepas, tarik lepas non-stop. Macam dah lama tak dapat.

Habis sebatang, budak budak form 4 macam kagum tengok skill gua dan Ceper. Apa sangat setakat rokok, gua masa tu dah berjinak jinak dalam arena Nospan (kepada yang tahu sahaja). "Okay, start harini, hampa dua dah dapat lesen, kalau hampa nak hisap rokok hisaplah, tapi pandai pandai cover. Jangan bagi kantoi dengan warden." Gua dan Ceper tersenyum lalu balik ke dorm 3B3, sebuah dorm legend. Sampai dorm Ceper cerita habis kat semua orang dengan bangga dan riak bahawa kami antara orang terawal dapat lesen rokok. Gua senyum rilek ja.

Esoknya.....

No comments:

Post a Comment