Friday, May 24, 2013

Nama Samaran

   Kalau masuk sekolah asrama ni, pasti akan dapat nama samaran baru. Ya, sama macam aku. Aku dulu sekolah rendah macam macam nama aku dapat. Cukuplah aku rahsiakan hal sekolah rendah aku.. Tak penting pun. Aku hanya nak cerita nama samaran aku kat Soksek ja. Dalam hari ke-tiga atau ke-empat, aku dah dapat nama baru. "YOKOS". Aku pun tak berapa faham sangat dengan pemikiran budak budak SBP. Bagi aku budak SBP nie "more to education".

   Aku dapat nama Yokos ni sebab muka aku nak sama dengan Suffian. Suffian depa dah panggil Yokies, rancangan kanak kanak dengan RTM dulu. Kerana malas pikir, depa hanya tukaq huruf ja, Yokies -> Yokos. Kenapa tidak Yokas? Kenapa tidak Yokus? Yang tu aku tak tahu pasai apa. Mungkin adrenaline pembuli ada dalam diri depa. Aku terpaksa akur.

   Untuk kelihatan agak cool, atau lebih ganas, aku terpaksa gantikan konsonan 's' dengan 'z'. Dulu penggunaan konsonan 'Z' agak cool, macam artis luar negara. Aku terpaksa terima orang panggil aku Yokoz. Masa Hari Asrama Terbuka, iaitu pelajar perempuan boleh melawat asrama lelaki, pelajar lelaki melawat asrama perempuan, aku meluaskan empayar aku dengan sebatang 'marker'. Aku tulis nama aku di setiap ceruk aspuri. Kalau hampa ingat lagi, dekat public phone aspuri pun ada. Aku berpakat dengan kawan kawan aku. 

    Masa form 3 jugak aku dapat nama baru. 'Sarkot'. Mat Teloq bagi dekat aku. Dia kata aku selalu garu kotay masa main rugbi. Tapi serius aku tak garu, aku suka pegang baju aku di bahagian bawah. Celaka apa? Sarkot tu shortform dari 'Sarong Kotay'. Aku nak menghilangkan perkataan KOT tu, aku terpaksa gantikan nama aku dengan KORD. Ya, tukar huruf, tapi bunyi tetap sama. Aku terima ja orang panggil aku apa pun, asalkan kawan kawan aku sentiasa ingat nama aku. Jangan nanti sampai tak ingat, aku terus dibuang dari dalam kotak pemikiran.

    Aku bukan first intake masa form 1, aku third intake. Budak yang pernah kena buli dengan batch sendiri masa mula mula masuk. Tapi sebab kawan kawan kampung aku pesan, jangan cari gaduh, aku terpaksa follow cakap depa.






p/s : saja aku upload gambaq gambaq nie. kahkahkah!

Sunday, May 19, 2013

Dorm GA1

 Sebenarnya aku tak tau pasai apa aku kena duduk dorm ni. Masa tu aku form 3, Ustaz Subki, dengan Loloq handle bebudak yang kena masuk dorm ni. Dorm GA1 ni boleh kata dorm yang legend. Dorm GA1 nie berada betul betul sebelah rumah Shakur. Banyak kaki tomoi berkumpui kat sini. Bagi batch baru, mungkin tak tahu kewujudan GA1.

 Aku bukanlah kaki tomoi. Aku seorang yang diam, hanya bising bila persekitaran aku menjadi bising. Setiap malam dorm ni kena baca surah Yasin. Bagi aku, nie mungkin nak menghindari segala syaitan dan anasir anasir jahat dalam diri penghuni GA1. Cuba anda bayangkan, lepas kemas barang, ada budak dah kena pukui, sebab apa? Sebab urutan terlalu kuat. Mungkin si yang diurut merasa sakit sebab diurut, lalu dia lepaskan nafsu amarah kepada penggurut. Aku jadi kaku, dalam diri aku tanam dendam.

  Dorm tu jugak aku penah kantoi tak posa. Aku bukan kantoi depan depan cikgu. Entah macam mana, time Subki kejut aku subuh, aku terjaga, time tu dia bawak wire-less microphone. Salah satu teknologi canggih yang wujud di Soksek. "Izzaidi bangun!! Dah la semalam tak posa!!" satu sekolah dengar suara Subki. Aku tanam dendam jugak time tu. Aku jadi gelisah, esok aku dengan member aku pi cabut plug microphone tu, lempar jauh jauh!

  Dorm tu jugak selalu jadi tempat lepak bebudak yang mengganggap diri mereka tidak terpilih untuk menumpang tidur selepas kelas. Sebenarnya GA1 jugak wujud satu brotherhood dalam diri penghuni dorm tu. Aku dulu penah merasa bangga dapat makan maggi yang junior buatkan masa aku form 3. Masa form 3 aku dah dapat satu kuasa untuk "memberanakkan syiling, menukarkan syiling sekupang jadi Coke, balik dorm lepas prep ada beger, kadang kadang nasik lemak Pak Ya. Time tu rasa diri nie amat berkuasa.

 Dorm tu jugak jadi tempat aku ngan penghuni mengorat makwe makwe yang berpeluh balik kelas atau dari prep. Masa tu ramai yang bertukar jadi burung,tikus, jadi jadi kura kura pun ada. Betoi, kadang kadang rasa bangga pun ada bila dapat mengorat makwe makwe. Biasalah, selalunya orang yang ada makwe nie, orang yang main sukan. Aku tak tahu, kenapa orang sukan selalu ada makwe. Fuck la. Aku bukan orang sukan. Aku suka duduk atas katil sambil hisap rokok. Kalau makwe lalu pun, aku ushar dari tepi tingkap ja.

 GA1 seingat aku, hanya mampu bertahan setahun. Ah, tak sampai setahun aku rasa, tapi aku duduk situ sampai tingkat 3 ja. Masa PMR. PMR dulu aku banyak main. Mungkin sebab GA1. Faking la. Salahkan dorm menda? Salahkan diri sendiri!

Friday, January 18, 2013