Friday, May 24, 2013

Nama Samaran

   Kalau masuk sekolah asrama ni, pasti akan dapat nama samaran baru. Ya, sama macam aku. Aku dulu sekolah rendah macam macam nama aku dapat. Cukuplah aku rahsiakan hal sekolah rendah aku.. Tak penting pun. Aku hanya nak cerita nama samaran aku kat Soksek ja. Dalam hari ke-tiga atau ke-empat, aku dah dapat nama baru. "YOKOS". Aku pun tak berapa faham sangat dengan pemikiran budak budak SBP. Bagi aku budak SBP nie "more to education".

   Aku dapat nama Yokos ni sebab muka aku nak sama dengan Suffian. Suffian depa dah panggil Yokies, rancangan kanak kanak dengan RTM dulu. Kerana malas pikir, depa hanya tukaq huruf ja, Yokies -> Yokos. Kenapa tidak Yokas? Kenapa tidak Yokus? Yang tu aku tak tahu pasai apa. Mungkin adrenaline pembuli ada dalam diri depa. Aku terpaksa akur.

   Untuk kelihatan agak cool, atau lebih ganas, aku terpaksa gantikan konsonan 's' dengan 'z'. Dulu penggunaan konsonan 'Z' agak cool, macam artis luar negara. Aku terpaksa terima orang panggil aku Yokoz. Masa Hari Asrama Terbuka, iaitu pelajar perempuan boleh melawat asrama lelaki, pelajar lelaki melawat asrama perempuan, aku meluaskan empayar aku dengan sebatang 'marker'. Aku tulis nama aku di setiap ceruk aspuri. Kalau hampa ingat lagi, dekat public phone aspuri pun ada. Aku berpakat dengan kawan kawan aku. 

    Masa form 3 jugak aku dapat nama baru. 'Sarkot'. Mat Teloq bagi dekat aku. Dia kata aku selalu garu kotay masa main rugbi. Tapi serius aku tak garu, aku suka pegang baju aku di bahagian bawah. Celaka apa? Sarkot tu shortform dari 'Sarong Kotay'. Aku nak menghilangkan perkataan KOT tu, aku terpaksa gantikan nama aku dengan KORD. Ya, tukar huruf, tapi bunyi tetap sama. Aku terima ja orang panggil aku apa pun, asalkan kawan kawan aku sentiasa ingat nama aku. Jangan nanti sampai tak ingat, aku terus dibuang dari dalam kotak pemikiran.

    Aku bukan first intake masa form 1, aku third intake. Budak yang pernah kena buli dengan batch sendiri masa mula mula masuk. Tapi sebab kawan kawan kampung aku pesan, jangan cari gaduh, aku terpaksa follow cakap depa.






p/s : saja aku upload gambaq gambaq nie. kahkahkah!

No comments:

Post a Comment