Friday, May 24, 2013

Nama Samaran

   Kalau masuk sekolah asrama ni, pasti akan dapat nama samaran baru. Ya, sama macam aku. Aku dulu sekolah rendah macam macam nama aku dapat. Cukuplah aku rahsiakan hal sekolah rendah aku.. Tak penting pun. Aku hanya nak cerita nama samaran aku kat Soksek ja. Dalam hari ke-tiga atau ke-empat, aku dah dapat nama baru. "YOKOS". Aku pun tak berapa faham sangat dengan pemikiran budak budak SBP. Bagi aku budak SBP nie "more to education".

   Aku dapat nama Yokos ni sebab muka aku nak sama dengan Suffian. Suffian depa dah panggil Yokies, rancangan kanak kanak dengan RTM dulu. Kerana malas pikir, depa hanya tukaq huruf ja, Yokies -> Yokos. Kenapa tidak Yokas? Kenapa tidak Yokus? Yang tu aku tak tahu pasai apa. Mungkin adrenaline pembuli ada dalam diri depa. Aku terpaksa akur.

   Untuk kelihatan agak cool, atau lebih ganas, aku terpaksa gantikan konsonan 's' dengan 'z'. Dulu penggunaan konsonan 'Z' agak cool, macam artis luar negara. Aku terpaksa terima orang panggil aku Yokoz. Masa Hari Asrama Terbuka, iaitu pelajar perempuan boleh melawat asrama lelaki, pelajar lelaki melawat asrama perempuan, aku meluaskan empayar aku dengan sebatang 'marker'. Aku tulis nama aku di setiap ceruk aspuri. Kalau hampa ingat lagi, dekat public phone aspuri pun ada. Aku berpakat dengan kawan kawan aku. 

    Masa form 3 jugak aku dapat nama baru. 'Sarkot'. Mat Teloq bagi dekat aku. Dia kata aku selalu garu kotay masa main rugbi. Tapi serius aku tak garu, aku suka pegang baju aku di bahagian bawah. Celaka apa? Sarkot tu shortform dari 'Sarong Kotay'. Aku nak menghilangkan perkataan KOT tu, aku terpaksa gantikan nama aku dengan KORD. Ya, tukar huruf, tapi bunyi tetap sama. Aku terima ja orang panggil aku apa pun, asalkan kawan kawan aku sentiasa ingat nama aku. Jangan nanti sampai tak ingat, aku terus dibuang dari dalam kotak pemikiran.

    Aku bukan first intake masa form 1, aku third intake. Budak yang pernah kena buli dengan batch sendiri masa mula mula masuk. Tapi sebab kawan kawan kampung aku pesan, jangan cari gaduh, aku terpaksa follow cakap depa.






p/s : saja aku upload gambaq gambaq nie. kahkahkah!

Sunday, May 19, 2013

Dorm GA1

 Sebenarnya aku tak tau pasai apa aku kena duduk dorm ni. Masa tu aku form 3, Ustaz Subki, dengan Loloq handle bebudak yang kena masuk dorm ni. Dorm GA1 ni boleh kata dorm yang legend. Dorm GA1 nie berada betul betul sebelah rumah Shakur. Banyak kaki tomoi berkumpui kat sini. Bagi batch baru, mungkin tak tahu kewujudan GA1.

 Aku bukanlah kaki tomoi. Aku seorang yang diam, hanya bising bila persekitaran aku menjadi bising. Setiap malam dorm ni kena baca surah Yasin. Bagi aku, nie mungkin nak menghindari segala syaitan dan anasir anasir jahat dalam diri penghuni GA1. Cuba anda bayangkan, lepas kemas barang, ada budak dah kena pukui, sebab apa? Sebab urutan terlalu kuat. Mungkin si yang diurut merasa sakit sebab diurut, lalu dia lepaskan nafsu amarah kepada penggurut. Aku jadi kaku, dalam diri aku tanam dendam.

  Dorm tu jugak aku penah kantoi tak posa. Aku bukan kantoi depan depan cikgu. Entah macam mana, time Subki kejut aku subuh, aku terjaga, time tu dia bawak wire-less microphone. Salah satu teknologi canggih yang wujud di Soksek. "Izzaidi bangun!! Dah la semalam tak posa!!" satu sekolah dengar suara Subki. Aku tanam dendam jugak time tu. Aku jadi gelisah, esok aku dengan member aku pi cabut plug microphone tu, lempar jauh jauh!

  Dorm tu jugak selalu jadi tempat lepak bebudak yang mengganggap diri mereka tidak terpilih untuk menumpang tidur selepas kelas. Sebenarnya GA1 jugak wujud satu brotherhood dalam diri penghuni dorm tu. Aku dulu penah merasa bangga dapat makan maggi yang junior buatkan masa aku form 3. Masa form 3 aku dah dapat satu kuasa untuk "memberanakkan syiling, menukarkan syiling sekupang jadi Coke, balik dorm lepas prep ada beger, kadang kadang nasik lemak Pak Ya. Time tu rasa diri nie amat berkuasa.

 Dorm tu jugak jadi tempat aku ngan penghuni mengorat makwe makwe yang berpeluh balik kelas atau dari prep. Masa tu ramai yang bertukar jadi burung,tikus, jadi jadi kura kura pun ada. Betoi, kadang kadang rasa bangga pun ada bila dapat mengorat makwe makwe. Biasalah, selalunya orang yang ada makwe nie, orang yang main sukan. Aku tak tahu, kenapa orang sukan selalu ada makwe. Fuck la. Aku bukan orang sukan. Aku suka duduk atas katil sambil hisap rokok. Kalau makwe lalu pun, aku ushar dari tepi tingkap ja.

 GA1 seingat aku, hanya mampu bertahan setahun. Ah, tak sampai setahun aku rasa, tapi aku duduk situ sampai tingkat 3 ja. Masa PMR. PMR dulu aku banyak main. Mungkin sebab GA1. Faking la. Salahkan dorm menda? Salahkan diri sendiri!

Friday, January 18, 2013

Saturday, December 15, 2012

Tuesday, October 16, 2012

Lesen 3

     Tahun 2005 tu tahun yang elok untuk ambil lesen bagi bebudak 0408. Sebagai seorang yang rebel,   Gua tak amik port  sangat dengan bebudak yang hidup bawah telunjuk senior ni. Gua lebih suka duduk seorang diri sambil 'mengukur' di telefon awam sekolah.

Gua jugak selalu bertinju dengan vanding machine dan jugak public phone sekolah. Selain memperkasakan diri, gua jugak dapat menjana pendapatan disitu. Disitu sudah nampak gua nie jenis seorang yang agak antagonis.

Lesen 2

Esoknya, selesai waktu sekolah, gua jalan menuju dewan makan bersama sahabat sahabat seperjuangan sambil cuba ingat ingat balik apa yang gua belajar dalam kelas. Okay itu salah satu tips pelajar cemerlang. Sampai dewan makan dah nampak makanan, gadis gadis dalam dewan makan semua ilmu gua lupa. Celaka.

Selesai makan, gua bergegas nak naik ke dorm, maklumlah, gua dah ada lesen ni. Ceritanya, gua terserempak dengan Syazwan, brader pengawas merangkap naqib time usrah, dia pesan nak jumpa gua dengan Ceper kat kompaun asrama sebelum prep. Gua naik dorm gua sampaikan pesan kat Ceper. "Aku rasa dia nak suruh kita jadi imam dengan bilal Maghrib nanti kot." Gua angguk setuju.

Sebelum mandi, gua cucuh rokok sebatang, sambil berjalan menuju toilet. Kepala gua ligat berfikir motif brader tu nak jumpa gua dengan Ceper. Lepas mandi, gua balik dorm, siap smart smart pakai baju sekolah. Gua spray perfume tenyeh kat leher. Gua ajak Ceper turun kompaun jumpa brader tu. Sampai bawah gua tengok ramai pengawas tunggu. Budak budak batch gua pun ramai yang kena tahan.

"Abang nampak apa jadi kat bilik kapten semalam" brader ni dah mula bersuara. Gua steady buat muka rilek. Gua macam dah boleh agak apa bakal berlaku bila gua nampak geng geng bukan pengawas pun ada. Ya, acara gilang gemilang bagi peminat sukan gusti, Royal Rumble versi Soksek. Perokok perokok batch gua sorang sorang menampilkan diri dengan sukarela tanpa perlu disoal siasat. Ini hati kami, nak kena biar ramai ramai. Sakit kalau di bahagi ramai ramai kurang lah sakit dak?

Kami dikumpul beramai ramai di dorm 2B4 dan bermulalah acara. Gua dah tak ingat berapa banyak kaki dan tangan gua sambut. Yang tak tersambut tak payah cerita lah. Kawan kawan gua yang lain pun gua nampak steady jugak sambut kaki dengan tangan ni. Sedang gua asyik layan kesakitan sorang brader tarik gua keluar dorm, gua dah tak ingat siapa nama dia. Gua diselamatkan bersama beberapa orang lagi kawan gua. Time tu dah masuk time game. Prep pun dah habis.

Gua berehat di dorm sambil menunggu kawan kawan lain selesai dengan nasib masing masing. Seorang demi seorang balik dorm. Ceper inform gua Kenzo dah jadi mangsa paling menyayat hati akibat dendam. Azan Maghrib berkumandang, gua turun dorm Kenzo memberi penghormatan kepada comrade gua dan terus ke masjid.

Sejak hari itu, gua bertekad untuk menjadi bilal atau pun imam di masjid sekolah walaupun sekali dan hasrat gua tercapai. Ceper pulak jadi ketua naqib time f5. Kenzo sampai sekarang sokong Arsenal walaupun tak pernah menang piala.



Tuesday, October 9, 2012

Lesen.

Malam itu, awal tahun 2005, gua dan Ceper dipanggil masuk ke bilik kapten. Masa tu, kapten sekolah belum dilantik, jadi, bilik kapten ni brader brader form 4 buat port lepak. Gua dan Ceper steady masuk dalam tak bagi salam. Penglihatan gua kabur, asap berkepul macam jerebu. Gua nampak Mat Skunk, hisap rokok tarik sip siap bunyi lagi. Ramai jugak geng geng form 4 malam tu. Malas gua nak petik nama sorang sorang.

Gua dan Ceper diberi rokok sorang sebatang, dan disuruh hisap sampai habis. Masa tu paru paru gua kuat lagi, 2 3 pam dah nak habis setengah, selamba gua lepas asap ala ala dragon sambil selang selang buat o kecik dan o besar. Ceper pun boleh tahan jugak skill hisap rokok dia, Tarik lepas, tarik lepas non-stop. Macam dah lama tak dapat.

Habis sebatang, budak budak form 4 macam kagum tengok skill gua dan Ceper. Apa sangat setakat rokok, gua masa tu dah berjinak jinak dalam arena Nospan (kepada yang tahu sahaja). "Okay, start harini, hampa dua dah dapat lesen, kalau hampa nak hisap rokok hisaplah, tapi pandai pandai cover. Jangan bagi kantoi dengan warden." Gua dan Ceper tersenyum lalu balik ke dorm 3B3, sebuah dorm legend. Sampai dorm Ceper cerita habis kat semua orang dengan bangga dan riak bahawa kami antara orang terawal dapat lesen rokok. Gua senyum rilek ja.

Esoknya.....