Sunday, April 15, 2012

Mencari Teman.

Dari keseorangan lahirnya kesunyian, bila kesunyian perlukan peneman, abang sunyi, jadi abang cari teman. Semalam abang beli 4 ekor Hamtaro. Abang tak bagi nama lagi. Jadi kalau adik adik ada cadangan tolong bagitahu abang. Abang terima cadangan dari gadis gadis saja. Jangan lupa bagi number telefon. Senang kalau apa apa. Idea dari laki abang tau haram tak boleh pakai.

Comel kan.....Abang?


p/s : salam Monday Blues untuk semua !

Saturday, April 14, 2012

Cerita

Cerita yang takkan hilang dimamah usia. Cerita zaman sekolah dulu. Gua percaya, kalau duduk semeja,masing masing bercerita. Serupa cerita itu baru semalam terjadi. Ada pahit,ada manis,ada segalanya.

Sunday, April 8, 2012

Senior dan Junior.

Rasa berdebar debar bila junior pompuan panggil gua "Abang". Tambah junior yang hot hot. Gua tak boleh tidur. Kalau tidur pasti terbawa bawa ke mimpi.

Saturday, April 7, 2012

Logo

Ini logo sekolah rendah gua, kenapa lebih kurang woi?


Berteduh di bawah Pondok Ilmu

dan di situ lahir wajah wajah kemenangan.

Jauhari Cup 2

Di satu sudut kelas kelihatan seorang kacak, Mirza sedang tekun menyiapkan beberapa cadangan design untuk baju kelas sambil kacak kacak yang lain membantu dengan memberi idea yang bernas dan adakalanya tak masuk akal.

"Macam ni la nak dapat duit untuk payung pertandingan kita nanti. Kutip lebih sikit." bisik Toge bimbang diketahui gadis gadis 5 Jauhari.

Usai melukis design, dan semua kacak berpuas hati, Yein sebagai seorang pencinta wanita yang dicintai lelaki yang kurang kelakiannya berjalan control macho ke depan kelas. Makin ke depan makin macho jadinya. Si kacak Yein menyampaikan idea untuk menempah baju kelas yang mana disambut baik oleh setiap gadis 5J.

Sebagai seorang yang berpengalaman dalam bidang printing baju dan menduduki ranking pertama kategori kacak, gua, oh terlupa pula, juga seorang yang serba boleh telah ditugaskan untuk mencari kedai yang bertuah bagi menzahirkan idea baju kelas 5J. Dalam tugasan ini gua dibantu oleh Boyan. Kami dengan bangga memberi tugasan ini kepada sebuah kedai di tingkat 5 The Summit yang gua tak ingat apa nama kedai.

Selang beberapa hari, semasa prep malam berlangsung, sedang kacak kacak leka membuat kerja masing masing, ada yang study, ada yang merenyeh dengan gadis, si kacak Boyan bertafakur, si kacak Zaki khusyuk melombong tiba tiba semua gadis 5J bangun dari tempat masing masing dan berkumpul di depan kelas. Gaya mahu berkonfrontasi.

"Ah sudahhhhh" bisik hati gua.

                                                                Logo kelas 5 Jauhari

Wednesday, April 4, 2012

Baju Paling Pawer RM15!

Sila Click Gambar kalau tujuan untuk tumbesaran.

Baju untuk bebudak Maskulin dan Feminin. kahkahkah!

Silat Lagenda


"Amacam? Ketaq lutut dak? Gua belum bukak buah terapung sambil bersila lagi ni." Ujar Yan sambil tersenyum angkuh.

Khairul Hazwan Bin Azman

Pagi tu kelas 2 bestari bermula macam biasa, ada yang sibuk menelaah pelajaran, ada yang sibuk main timbang timbang songkok, ada juga yang sengih sorang sorang bila dapat surat dari bawah meja.

Gua duduk barisan belakang sebelah Apek, gua sibuk buat soalan math cikgu Mimi.

"Farid, Farid, hang tau tak kat dalam dunia nie wujud nyamuk besar manusia?" tanya Apek dekat Farid. Apek dulu kerja menipu Farid. Tapi Farid tak pernah langsung percaya.

Ketua kelas gua. Butek yang duduk barisan depan, terus meluru ke arah Apek," Betoi ka!! kat mana???!!" perasaan ingin tahu Butek amat membuak buak.

Apek tengok Butek, Butek tengok Apek..............................

Tuesday, April 3, 2012

Jauhari Cup 1

Tersebut satu hikayat, kisah sebuah kelas menganjurkan pertandingan futsal pada tahun 2008 dimana secara tidak langsung menjadikan kelas ini sebagai kelas paling menonjol, menjadi penyelamat kepada rutin hujung minggu yang membosankan bagi kaki futsal yang menghabiskan masa di Anjung Bestari tengok cerita Hindustan. Tak comel langsung. Mana lagi kalau bukan kelas yang paling berketrampilan, penuh dengan jejaka kacak sehingga setiap kali gadis di Soksek berjalan melepasi koridor 5 Jauhari pasti jatuh cinta. Nasib baik nasi pekerja dewan makan yang masak.kalau tak gua tak tahu apa nasib gua hari ni.


Kisahnya bermula begini, di sebuah petang, sudah pasti di kelas 5 Jauhari ini, sekumpulan jejaka kacak sedang sibuk menelaah bahan bahan ilmiah, muncul satu idea dari seorang kacak yang gua tak ingat siapa, bercadang untuk menganjurkan pertandingan futsal. Boyan kalau tak silap gua sebab gua rasa idea ni datang dari seorang yang suam suam kacak. Cadangan ini disambut baik oleh kacak kacak yang lain.


Malam itu, waktu prep, semua kacak kacak bekerjasama membuat kertas kerja dan plan organisasi serta perancangan yang mantap bagi menjayakan event yang julung julung kalinya dianjurkan oleh sebuah kelas (sangat bergaya disitu). Bagaimanapun, rancangan ini belum disuarakan kepada gadis gadis penyeri kelas 5J.

Seperti biasa, setiap perjalanan menuju kejayaan pasti ada onak dan ranjau yang perlu dilalui. Butek, merangkap ketua kelas gua dan jejaka yang menduduki tempat terakhir ranking kacak bersuara, "dari mana kita nak dapat duit?"


Kacak kacak lain senyum sinis.

Monday, April 2, 2012

Jangan Lupa Kawan. :)

Kawan,
Aku tak pernah anggap kau lawan,
Aku anggap kau pahlawan,
Pahlawan talian persahabatan.

Kawan,
Mungkin kau lupa,
Saat saat kau terduduk,
Aku turut sama duduk,

Saat kau berdiri,
Aku turut sama berdiri.

Tapi,

Saat aku terduduk,
Tiada sapa disisi
Sebaliknya kau terus berlari.....

-Izzaidi Rahman, 11:38pm, 2 April 2012-

Sunday, April 1, 2012

Futsal.

Dulu masa di Soksek, gua boleh dikata cukup pawer berfutsal sampai lupa hal hal akademik. Mungkin itu zaman form 3, zaman dah habis PMR. Setiap hari futsal, futsal dan futsal. Ramai cakap gua King of Futsal. Masa dapat title tu, gua jalan masuk DM sambil mendabik dada. Biasala, dua bijik gol dari gua, memberi kemenangan dekat Zamrud.

Malam minggu malam yang paling ditunggu tunggu bagi bebudak lepasan PMR ." Woi, malam nie futsal jangan lupa, 2 pagi satgi,depan bilik band," kabor bebudak batch gua. "Er, okay! Dua pagi kan? Sapa lagi main?" balas gua sambil surya di mulut gaya seorang King. "Ramai turun,kita turun dulu,nanti bahagi team," Gua angguk tanda setuju.

Tepat 2 am, gua sarung kasut warrior bertali warna warni. Seorang lejen kena lain dari yang lain. Gua capai kerusi letak dekat tempat parking bas sebagai palang gol. Semua bebudak tunggu gua, gua tunjuk isyarat line clear tanda clear.

Banyak skill yang gua tunjukkan, melutut,menimbang, dribble ala ala CR, tandukkan pawer. Ah, cukup banyak skill sampai sukar untuk digambarkan. "Eh,lampu torchlight apa tu?" gua jerit sambil menimbang bola menggunakan paha. "Wei! Blah! Blah! Pak Gad mai tu!" jerit bebudak tu sambil ketakutan. Gua lari selaju laju yang boleh. Gua pandang depan, "Ah, pakgad ada ramai rupanya" bisik gua sambil berlari.

Gua pandang Caet sempat side step guard tersebut. Beliau mempratikkan bakat rugbi beliau. Terus gua masuk toilet aspura. Gua gunakan jalan belakang. "Ah, tak sia sia kita lari 5 round padang tiap tiap hari. Semua selamat" tercungap cungap gua bercakap. "Takpa,kita repeat minggu depan" balas Caet.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Lepas beberapa hari, gua diberitahu ada pak gad nampak hantu main futsal pagi pagi. Pak gad kejar hantu tu panjat pokok, tiba tiba hantu tu hilang masa atas pokok. Gua pandang Caet, Figo dan member member gua. "Kahkahkahkah! Sapa panjat pokok tu wei?" gelak gua.


SEMUA DIAM~~~

Nasik Kandar

Malam minggu di Soksek malam yang paling dinantikan. Gua ingat lagi, sebagai pengedar sah Nasi Kandar Ayam Madu, gua memikul tugas mengutip senarai order dari dorm ke dorm. Keuntungan di peroleh berlipat kali ganda. Gua beritahu adik adik " Jangan kasik tau warden,kalau nak makan nasik kandar paling lejen malam nie."

Adik adik tunduk tanda setuju. Biasanya nasik kandar ayam sekitar rm2.50  sahaja. Gua jual rm3. Memang untung, 10 bungkus gua untung RM5. Gua amek order satu aspura. Sebenarnya warden tak suka dengan cara begini. Biasalah tu, orang Melayu bukan suka Melayu untung banyak.

Nasi yang ditunggu sampai sebelum light off. Gua pelan pelan masuk dorm menjamah makanan free yang gua dapat dari duit untung. Sebenarnya, bisnes nie gua ambik dari senior gua, Pak Nad. Beliau banyak membantu sampai sanggup menyerahkan bisnes nie dekat gua.

Gua pelan pelan menyuap makanan hasil titik peluh gua. Tok! Tok! "Abang, cikgu Rahim panggil abang" ada budak bagitau dekat gua sambil memegang nasik kandar yang beliau order. Gua basuh tangan, terus ke bilik warder. "Celaka,adik adik tak boleh payung langsung." gua menyumpah sambil menyeret ke bilik. "Kamu fly ka?!"jerit  Cikgu Rahim dekat gua. Gua pandang sorang sorang. "Ah, semua ushar gua atas bawah ja, Bob,Loloq, Pengetua pun ada jugak" bisik gua.

"Er er, saya mana fly cikgu, saya buat delivery. Saya kol mamak tu yang hantar" percakapan gua tersekat sekat. " Bagi saya number phone mamak tu, saya nak kol" beliau tak percaya kata kata gua. Terus gua bagi no mamak tu." Okay,kamu pi balik bilik,kalau tak betul, siap kamu,saya rotan" ugut cikgu Rahim. Ok, Sebenarnya gua lebih selesa panggil dia Kajai.

Gua sambung makan sambil buat muka selamber tak ada apa apa. Mungkin hati kering dalam diri gua da sebati. "Sedap jugak ayam madu ni" gua cuba sedapkan hati.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Seminggu lepas tu, sedang asyik gua mengepam,

"KEPADA YANG INGIN MENEMPAH NASI KANDAR AYAM MADU BOLEH MENEMPAHNYA DI BILIK GERAKAN PENGAWAS SEKARANG JUGA." pembesar suara dari bilik KP.

"Celaka, senang senang ja bisnes gua dirampas."gua padam rokok tanda protes.