Sunday, April 1, 2012

Nasik Kandar

Malam minggu di Soksek malam yang paling dinantikan. Gua ingat lagi, sebagai pengedar sah Nasi Kandar Ayam Madu, gua memikul tugas mengutip senarai order dari dorm ke dorm. Keuntungan di peroleh berlipat kali ganda. Gua beritahu adik adik " Jangan kasik tau warden,kalau nak makan nasik kandar paling lejen malam nie."

Adik adik tunduk tanda setuju. Biasanya nasik kandar ayam sekitar rm2.50  sahaja. Gua jual rm3. Memang untung, 10 bungkus gua untung RM5. Gua amek order satu aspura. Sebenarnya warden tak suka dengan cara begini. Biasalah tu, orang Melayu bukan suka Melayu untung banyak.

Nasi yang ditunggu sampai sebelum light off. Gua pelan pelan masuk dorm menjamah makanan free yang gua dapat dari duit untung. Sebenarnya, bisnes nie gua ambik dari senior gua, Pak Nad. Beliau banyak membantu sampai sanggup menyerahkan bisnes nie dekat gua.

Gua pelan pelan menyuap makanan hasil titik peluh gua. Tok! Tok! "Abang, cikgu Rahim panggil abang" ada budak bagitau dekat gua sambil memegang nasik kandar yang beliau order. Gua basuh tangan, terus ke bilik warder. "Celaka,adik adik tak boleh payung langsung." gua menyumpah sambil menyeret ke bilik. "Kamu fly ka?!"jerit  Cikgu Rahim dekat gua. Gua pandang sorang sorang. "Ah, semua ushar gua atas bawah ja, Bob,Loloq, Pengetua pun ada jugak" bisik gua.

"Er er, saya mana fly cikgu, saya buat delivery. Saya kol mamak tu yang hantar" percakapan gua tersekat sekat. " Bagi saya number phone mamak tu, saya nak kol" beliau tak percaya kata kata gua. Terus gua bagi no mamak tu." Okay,kamu pi balik bilik,kalau tak betul, siap kamu,saya rotan" ugut cikgu Rahim. Ok, Sebenarnya gua lebih selesa panggil dia Kajai.

Gua sambung makan sambil buat muka selamber tak ada apa apa. Mungkin hati kering dalam diri gua da sebati. "Sedap jugak ayam madu ni" gua cuba sedapkan hati.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Seminggu lepas tu, sedang asyik gua mengepam,

"KEPADA YANG INGIN MENEMPAH NASI KANDAR AYAM MADU BOLEH MENEMPAHNYA DI BILIK GERAKAN PENGAWAS SEKARANG JUGA." pembesar suara dari bilik KP.

"Celaka, senang senang ja bisnes gua dirampas."gua padam rokok tanda protes.

No comments:

Post a Comment