Saturday, April 7, 2012

Jauhari Cup 2

Di satu sudut kelas kelihatan seorang kacak, Mirza sedang tekun menyiapkan beberapa cadangan design untuk baju kelas sambil kacak kacak yang lain membantu dengan memberi idea yang bernas dan adakalanya tak masuk akal.

"Macam ni la nak dapat duit untuk payung pertandingan kita nanti. Kutip lebih sikit." bisik Toge bimbang diketahui gadis gadis 5 Jauhari.

Usai melukis design, dan semua kacak berpuas hati, Yein sebagai seorang pencinta wanita yang dicintai lelaki yang kurang kelakiannya berjalan control macho ke depan kelas. Makin ke depan makin macho jadinya. Si kacak Yein menyampaikan idea untuk menempah baju kelas yang mana disambut baik oleh setiap gadis 5J.

Sebagai seorang yang berpengalaman dalam bidang printing baju dan menduduki ranking pertama kategori kacak, gua, oh terlupa pula, juga seorang yang serba boleh telah ditugaskan untuk mencari kedai yang bertuah bagi menzahirkan idea baju kelas 5J. Dalam tugasan ini gua dibantu oleh Boyan. Kami dengan bangga memberi tugasan ini kepada sebuah kedai di tingkat 5 The Summit yang gua tak ingat apa nama kedai.

Selang beberapa hari, semasa prep malam berlangsung, sedang kacak kacak leka membuat kerja masing masing, ada yang study, ada yang merenyeh dengan gadis, si kacak Boyan bertafakur, si kacak Zaki khusyuk melombong tiba tiba semua gadis 5J bangun dari tempat masing masing dan berkumpul di depan kelas. Gaya mahu berkonfrontasi.

"Ah sudahhhhh" bisik hati gua.

                                                                Logo kelas 5 Jauhari

No comments:

Post a Comment